CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

JanaMinda

Rabu, 22 Disember 2010

SENARIO PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK.

Faktor-faktor yang menyebabkan naik turun pencapaian pelajar dalam matematik juga disebabkan oleh fokus pengajaran matematik pada hari ini. Umumnya bertumpu kepada memasukkan pengetahuan matematik daripada guru kepada pelajar. Manakala fokus penyelidikan pula bertumpu kepada usaha untuk mencari jalan yang paling berkesan bagi merealisasikan tugas tersebut.Perspektif seperti ini menimbulkan delima kegagalan dalam penggunaan ilmu yang dipelajari untuk memenuhi keperluan masa hadapan.
Merujuk kepada kurikulum matematik maka kita pasti bersetuju pelbagai perubahan telah dibuat tetapi kurikulum masih bertumpu kepada aktiviti menulis simbol-simbol tertentu dengan berpandukan beberapa peraturan yang khusus. Kurikulum itu memerihalkan sifat asas matematik dan cara mengajar. Davis(1986) berpendapat:
1. Matematik membabitkan simbol-simbol yang ditulis atas kertas.
2. Matematik membabitkan manipulasi simbol-simbol tertentu mengikut peraturan tertentu.
3. Kemahiran dalam pengiraan biasa adalah matlamat utama pendidikan matematik.
4. Program pendidikan matematik mengabaikan kemahiran pelajar dalam membina pengetahuan baru terhadap pengetahuan yang sedia ada tetapi menekankan kepada konsep hafalan.
Kajian yang dibuat dalam tahun 1995(NST, 5Feb 1995)di peringkat sekolah untukm menentukan sejauhmana minat dan kecenderungan terhadap sains dan matematik telah dipupuk. Faktor-faktor kemerosotan pelajar telah diperolehi iaitu:
a. Kurikulum disampaikan di sekolah terasing daripada pengalaman pelajar dengan itu mereka tidak dapat mengaitkan pengalaman disekolah dengan pengalamn di luar.
b. Cara penyampaian guru lazimnya idak melibatkan pelajar secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran> Memang tidak dapat dinafika para guru kita telah dilatih unjtuk mengendalikan aktiviti "hands-on". Malangnya ia tidak melibatkan aktiviti "minds-on".
c. Pembelajaran telah mementingkan kebolehan pelajar untuk memberikan jawapan yang betul. Persediaan untuk ujian pula memusatkan kepada latih tubi dan kurang mementingkan proses pemahaman dan pembinaan konsep oleh pelajar.
d. Menekankan sifat-sifat keinviduan dan persaingan antara pelajar serta kurang memupuk semangat kerjasama.
Rentetan daripada ini kita perlu memikirkan apakah cara yang berkesan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah wujud bagi memenuhi keperluan masa hadapan negara.

0 ulasan: